anak papa
.
Happy Fathers day papa
sebenarnya kan dari smalam nak karang
nak luah kan kat sini
supaya satu ari nanti bila mia mengerti
bila mia dah boleh membaca
biar mia tahu betapa mama dia amat mnghargai papanya
biar mia tahu betapa sayangnya mama dia pada papanya
biar mia tahu betapa mamanya memerlukan papanya
disisi membesarkan dia
biar mia tahu betapa papanya penting dalam kehidupan mamanya
biar dia tahu segalanya
sbb dia anak yang berhak mngetahui
perjalanan membesarkan dia
biar dia menjadi anak yg pandai menghargai
biar dia jadi anak yang pandai berdikari
biar dia menjadi anak yg sentiasa iman disisi
biar dia menjadi anak yang terang hati
biar dia menjadi anak yang baik budi pekerti
semoga smua ini akan terbukti
suatu hari nanti
Insyallah
.
Kalo mia dah boleh membaca nanti
mama nak mia tahu
mama nak mia fahami
betapa papa sangat berkorban untuk kita
papa seorang yang susah nak marah
papa seorang yg sgt menunaikan tanggungjawabnya
walaupun x sampai sedekad dia bergelar papa
tp mama bahagia membesarkan mia bersama dia
harap dia terus hadir dalam hidup mama
membantu mama menjaga kesayangan kami
membantu mama mendidik kesayangan kami
membantu mama melihat kesayangan kami
membantu mama berdoa agar kesayangan kami
menjadi anak yg solehah
yg patuh pada perintah Agamanya
yang mampu mendokan kedua org tuanya
yang dikurniakan kecerdikan akal fikiran, kesihatan yg berpanjangan
dan dipermudahkan segala urusan
.
sewaktu mama sakit kontraksi
dia yg bergelar papa kamu sayang
selalu ada disisi mama
memberi kata semangat
melihat mukanya sedikit kerunsingan
mama tahu apa yg ada dihatinya
tapi dia cekal
menenangkan isterinya yg juga mama kamu
sedang berlawan dgn kontraksi
tangan dia mama genggam erat (juga tangan maksu kamu yg gebu tuh )
tiada sesaat pun dia meninggalkan mama
sampaila waktu kamu hadir ke dunia ini sayang
dia kucup dahi mama
mengucapkan terima kaseh sbb berkorban
melahirkan zuriatnya
betapa terpancar kegembiraan di raut wajahnya
menerima kehadiran kamu disisi kami berdua
papa terlalu teruja melihat kamu sayang
sampaikan dia x nak tido malam pertama kamu hadir
katanya nak tatap wajah anaknya
yg dia tunggu 9 bulan untuk bertemu
terlalu peyanyang kan dia sayang?
.
Happy fathers day papa
bagi pihak mia
mama mahu papa tahu
yang mama sayangkan papa
seikhlas hati
walaupun mungkin papa x nampak
tp seikhlasnya dalam hati
mama sayang papa
terima kaseh sayang sbb jadi papa yg baik pada anak kita
happy fathers day papa
terus la bersama mama menjaga kesayangan kita
terima kaseh cintaku
.
dan happy fathers day utk ayah juga
walaupun aku x sempat pun ucap pada ayah aku
x sempat pun meraikan bersama dia
tp ayah Insyallah org akan doakan ayah selalu tenang di alam sana
mgkin satu hari kita akan bertemu juga
.