Rabu, 21 Julai 2010
Aik kami jalan sampai sg Petani
Puteri Bunian sedang beristirehat :D
ngan mak aku
my love
akhirnya impianku tercapai
x sabar betol nak nek cruise
dalam cruise ngan mak
kami berselisih di tengah tasek
di hadapan cruise nak wat titanic =))
berlatar belakangkan masjid besi
.
Assalamualaikum
hehehe akhirnya dpt gak aku upload cite minggu lepas
minggu lepas yg agak penuh
asalnya my hubby cuti sabtu & ahad ritu
so apa lagi
bukan selalu dapat berhujung minggu yg penuh dgn dia
aku masakkan ketam masak merah + sayur campur
dan
ahad aku watkan paprik sotong + daging & telur goreng
my hubby neh sbenarnya seorang yg simple
dia x pandai nak makan banyak lauk
contohnya dalam 1 hidangan kalo kita sediakan
ayam daging ikan
dia x tahu nak makan yg mana
so kalo masak
aku akan pastikan 1 lauk dan 1 sayur
hehehehe simple kan
.
tapi tetiba sedang menikmati hujung minggu aku
bos dia call
ada keje urgent yg memerlukan my hubby g opis
so ari ahad yg hening & hujan tu
terpaksa la dia ke opis
tapi x pe kan
itu salah satu menda yg aku nak kena faham
so aku ok jek
sbbnya sebelum kawen lagi
aku sudah bersedia utk menerima menda-2 camni
.
dia balik pukul 3 petang
dan lunch di rumah
so pagi tu aku rehat
mak & kembar aku ajak g floria
utk pengetahuan korang
walaupun floria berlangsung hampir 1 minggu
sekali pun aku lum jejak
rasa malas sbb 2 tahun berturut aku dah penah pegi
tahun petama jadi model kete berhias
kena daulat depan tuanku
cam kelakar
tahun kedua sbg pengunjung
dan tahun ini aku cam malas
tp dah mak & kembar aku ajak
pepagi lagi aku ikot
wahhh
sangat seronok dan agak berlainan la
dah la pagi yg mendung
sejukkk nya
cuci mata ngan flora & fauna yg nyaman
cantiknyaaaaaaaa
rugi nya tak pegi
naseb la tergerak nak pegi
bila matahari naik kitaorg pun balik
dan mak aku sempat sambar 2 pasu orkid :))
.
dan kul 2 aku mulakan plan aku
memasak utk dia yg aku cintai ceeewaaahhh
cite ngan my hubby
seronok sangat kat floria
dia pun dgn selamba
jom la kita pegi lagipun cuaca mendung jek
ajak mak sekali sbb mak pun suka
aku pun call mak suh besiap
.
kami sampai ujan plak
alaaaa cam x best jek sbb agak ramai
dan smuanya bawa payung
tp kami tetap serbu jugak
memandangkan hari last
mana yg x sempat aku lawat pagi tadi
aku lawat petang plak
puasss rasanyaaaaa
daripada niat x nak pegi
pagi petang plak aku pegi :))
tetiba masa bejalan menuju ke kereta
ternampak gerai cruise
apa lagi
mak buyung ni laju je bejalan
sambil memegang payung
meninggalkan yg lain :))
.
sebenarnya dah lama sgt aku teringin nak naik nek cruise
tp xtu la asek tertangguh je
siap suarakn hasrat kat my matos
nak makan malam dalam tuh
ngada kan
tp bila aku cakap aku ngada
dia akan jawab
apa lak ngada
itu kan keinginan
keinginan tu ada pada setiap manusia
dan itu keinginan aku
.
kebetulan mak aku ada jugak petang tu
so tanpa belengah aku menyuarakan hasratku
utk nek cruise
boleh bawa mak sekali
xpe xde dinnner kali neh
mebi tahun lepas kan kan kan my matos
hikihkhihk
ada hati nak nek lagi tuh
ngada tol kan
punya excited sampai xnak g toilet
takut cruise tu tinggal
kami naik kul 7 ptg
tp sygnya x leh nak tgok matahari terbenam
sbbnya ari ujan kan
kalo tak
berdiri diluar cruise
sambil tgok matahari terbenam
mmg kenangan manis
tp x pe la
x larat nak tgok dah sbbnya dari balkoni umah aku
tiap petang tgok matahari terbenam :))
apapun aku sgt enjoy minggu neh
syukur pada Tuhan
sbb kurniakan kegembiraan ini
aku bertambah gembira
sbb mak aku ada sama
Terima kaseh cinta
sbb selalu jek gembirakan aku
kdg-2 aku terpikir
camana ek aku dpt suami yg x bole nak nak terima family aku
tapi Allhamdulillah dia pilihanku yg tepat
aku pun janji akan sayang family dia
sama seperti dia sayangkan family aku
(tersenyum girang merasai kebahagian ini)
9:52 PG
Selasa, 20 Julai 2010
Sebenarnya aku byk menda nak apdet blog
tp x sempat
tgok la petang nnti
tp kan
aku berkenan sgt ngan baby neh
kan best kalo ada baby camni
anak kawan aku
aku bekenan sejak dia dilahirkan
rambut dia lebat
muka dia comel
eirrr berkenannyaaaaa...
8:31 PG
Khamis, 15 Julai 2010
PERKHABARAN GEMBIRA
.
Ada satu menda yg menggembirakan aku
biar pun belum 100% confirm tp 50% dah pun confirm
Syukur pada Tuhan
tetiba rasa idup neh happy sangat
mcm ada suntikan semangat
yg buat aku berkobar-2
utk lalui idup-2 yg akan mendatang
semoga ianya menjadi kenyataan
Insyallah
nnti bila dah sedia utk share
aku akan share ngan korang eh
lagipun belum 100% lagi
biar ianya menjadi kenyataan dulu
(hatiku berlagu riang)
.
3:12 PTG
Jumaat, 9 Julai 2010
Semekom
terliur x tgok menu atas tuh?
smalam petang balik keje
sambil berborak-2 dengan my hubby
tetiba plak rasa nak makan nasi lemak
my hubby ajak g kampung baru
makan nasi lemak panas katanya
situ sedap sgt dia cakap
aik pelik gak la si isteri neh
jauhnya nak g makan nasi lemak
aku pun tanya
abg neh mimpi ke?
jauh sgt nak g makan tuh
dia cakap xde la abg sedar neh
abg kan xde buat apa-2
ayg plak nak makan nasi lemak
situ sedap
jom laaa...
amboi begitu teruja dia
melayan keinginan si isteri
kdg-2 terasa betuah
rasa dihargai
kdg-2 aku plak rasa x selesa
sbbnya kdg-2 teringin nak makan itu la ini la
isau jugak nnti apa kata my hubby
pas satu satu
tp xde plak dia cakap apa
melainkan cuba utk mencari
mebi dia fikirkan si isteri yg mengandung neh kan
tapi my hubby dari dulu camtu la
dari sejak kami berkapel lagi
aku bukan mengidam tau
cuma terasa nak makan
takut jugak nnti ngidam pelik-2
tapi aku pasti dia ada utk menunaikan keinginan aku
.
macam-2 cerita
hubby korang jugak pasti begitu
so utk kawan-2 yg belum kawen
moralnya aku nak suh kawen la cepat-2 hahaha
haa ni yg aku nak citer
tahun neh dalam sejarah aku
melibatkan kawan-2 yg ramai kawen
dan dalam tahun neh jugak ramai kawan-2 yg dapat anak
mebi umur kami neh smua umur wajib kawen + dapat anak kan
tahun 2010 neh la paling ramai kawan-2 kawen
semoga kita berjaya memasuki dunia baru
org kata dunia penuh cabaran
yang meuntut seribu kesabaran
yang menilai sejuta perangai
yg membuatkan kita mengenali
warna sebenar pasangan kita
inilah dunianya
semoga kita berjaya
dan aku masih lagi berada dalam keadaan yg teruja
memasuki dunia baru ini
.
tgok tu
apa la my hubby wat
ini pic pagi tadi
dia x sedar aku snap
bangun dari tido
lepas jek solat subuh
bertinggung di depan aquarium
tgok tuh masih berpakain kain pelekat
sambil melihat ikan-2 dia
kadang-2 itu pun wat aku tersenyum
aku bahagia sgt-2
.
aku plak arini keje
sambil aku siap-2 kan sarapan dia
arini telur hancur + roti bakar + nescafe "o"
itu la keje dia
bercakap-2 dengan ikan dia
apapun aku sedang menikmati kehidupan bersama org yg aku syg
semoga kehidupan ini memberi satu lagi kenangan manis pada aku
dan si dia
ILUSMS
10:36 PG
Rabu, 7 Julai 2010
assalamualaikum
apdet lagi, rajin kan aku :-"
smalam cukup kandungan aku 5 1/2 bulan
mean ada 3 1/2 bulan lagi
Allhamdulillah syukur sgt
aku ok dan xde pape masalah
moga dipermudahkan hingga akhir nanti
.
Baby dalam perut semakin aktif
lepas aku makan ke
mesti akan terasa pergerakan dia berulang kali
mebi dia tgh makan kot
hihihi kiut jek kalo bayangkan
kdg-2 tgh aku borak-2 ngan en suami
tuppp dia tendang buatkan pecakapan aku terhenti
mebi nak sampuk apa yg bakal ibu & ayah dia cakap kot
hehehe
.
Takut??? of course la
sama seperti perasaan ibu-2 yang mahu melahirkan baby jugak
x kan terlepas perasaan itu
aku selalu share ngan kembar aku
dia dah 2 anak
dia ada pengalaman besalin normal anak 1st
dan bedah anak 2nd
.
anak yg first husband dia ada disisi
sakitnya dia cakap Tuhan jek yg tahu
tapi semangat tu ada sbb husband ada disisi
terkoyak baju husband dia, dia tarek :))
dia cakap
bila kita nak besalin nanti
kekuatan kita bergantung pada 2 perkara
1 bila fikirkan keselamatan anak dalam kandungan tu
1 lagi bila ada husband disisi
.
Anak kedua plak
aku yg jaga dia masa dia operate duk dalam wad dulu
seksanya aku tgok
nak bangun aku kena angkat kan
padahal waktu tu aku dah pegnen
cumanya aku x tau yg aku dah pegnen
Allhamdulillah aku ok jek
dia cakap naseb la x jadi papae pada kandungan ko
kalo x mesti ko bunuh aku
hahahah giler aku nak bunuh
aku tikam jek =))
.
aku tak tahu aku leh tempuh ke tidak
tp yg pasti boleh ke tak aku tetap kena tempuh
moga kandungan aku ini selamat
hingga bersalin nanti
moga segalanya selamat
.
Pada apis & wife
aku ucapkan tahniah
atas kelahiran MohD Harris
anak kedua pada pasangan ni
anak pertama diaorg meninggal ketika masih dalam perut pada usia kandungan 7 bulan
Moga kebahagiaan ini akan kekal
Moga apis dapat jadi ayah yag baik tau
.
kdg-2 aku terlupa yg aku pegnen
sbb kandungan 5 1/2 bulan
tp sebenarnya belum nampak lagi perut aku
melainkan aku pakai baju pegnen yg ketat di perut
kalo pakai baju kurung x berapa nampak lagi
smalam adik ipar adik aku tanya
dah uwek uwek ke belum
konpom la x nampak cam aku pegnen
aku cakap dia dah 5 1/2 bulan dahhh
terkejut dia..
dia cakap mana perut?
bila aku ketatkan baju diperut baru nampak :))
.
Apapun keadaan
moga kandungan aku selamat
sbbnya ada org x sabar nak jadi ayah
kadang-2 berangan tgh jaga baby :))
selalu jek cakap ngan perut aku neh
Moga semuanya selamat
Aminnnn
9:59 PG
Selasa, 6 Julai 2010
mula-2 tgok jek
pastu aquarium magic ada di umah
sebok mengemas
tadaaaaaaaaaaa
join family M16
HOBI YANG LAMA
KINI KEMBALI AKTIF
MY MATOS NI SEBENARNYA PENGGEMAR IKAN
TAPI DAH LAMA X BELA
DULU-2 ADA LA
WAKTU BUJANG DULU KATA DIA
.
ARITU SAJA-2 PEGI TGOK IKAN
SEKALI DIA ANGKUT AQUARIUM BALIK
PASTU ASEK NGAN AQUARIUM DIA JEK
IKAN DUYUNG DIA NI MENTANG-2 DAH JADI DUGONG
DIA JAGA IKAN BARU HUHUHUH
.
TAPI AKU SUKA JUGAK SEBENARNYA
TAPI MALAS NAK JAGA
SO MATOS DAH ADA
DIA LA PENJAGA KEBERSIHAN
KDG-2 AKU PELIK JUGAK
KDG-2 30MINIT DIA LEH TENUNG DALAM AQUARIUM TUH
NAK KATA ADA IKAN DUYUNG XDE PLAK
.
NTAH
MEBI KALO DAH MINAT CAMTU KOT
AKU DAH JANJI DAH
APA JEK YG BAIK-2 SUAMI AKU NAK WAT
AKU DAH JANJI AKAN JADI PENYOKONG DIA
APA JEK MENDA YG X BETUL AKU AKAN JADI PENASIHAT DIA
APA JEK MENDA AKU AKAN JADI PENGKRITIK DIA
AKU NAK JADI ISTERI TAPI
DALAM MASA YANG SAMA NAK JADI KAWAN, TEMAN DAN KEKASIH DIA
ITU JANJI AKU
.
SBB DALAM SATU FIRMAN
"bahawa ia telah menciptakan untuk kamu isteri
dari jenis kamu sendiri
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya"
.
apa jek yg dia buat
Insyallah aku ingatkan diri aku
aku la tulang belakang setiap apa yg dia buat
tapi pesanan utk matos
jgn lupakan dugong abg neh :(
12:00 PTG
Isnin, 5 Julai 2010
Hujung Minggu
Assalamualaikum n samat ari isnin ngeee
best kan ari isnin?
xde apa yg nak diceritakan
tp tangan gatal jek nak apdet blog
nak citer pasal huujung minggu
.
Jumaat aku cuti
sbbnya penat melalui ari khamis
menunggu maintenance dtg ke rumah
utk baiki toilet, ada sedikit kebocoran
dan menunggu tukang memasang air cond & heater
.
.nak dijadikan cerita
tukang hanya boleh datang hari my matos keje
so nampak nya saya la kena balik n menunggu
janji nak pasang kul 10 n siap 2 jam kemudian
tp nak tahu siap kul berapa?
kul 5 petang maka ari berkenaan bercuti la saya tanpa rela
huhuhu
.
terima kaseh bebanyak pada mak
sbb dengan murah hatinya
mak hadiah kan kami air cond & heater
siap kasi duit pasang lagi
hahaha
aku sedaya upaya menolak x nak susahkan mak
tp mak berkeras jugak
katanya utk keselesaan bakal cucu dia neh
aikk excited plak mak neh
cam menerima cucu sulung plak
tapi apapun org cakap rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari
terima kaseh mak
.
jumaat bercuti
kebetulan my matos jugak bercuti
so hujung minggu kami bermula awal minggu neh ngeee
asalnya ada plan
mau bawa adik ipar jalan-2 kl sbb dia ada kursus di INTAN
tp atas sbb-2 tertentu x jadi
so malamnya amik dia di kl jek utk bermalam di putrajaya
n malam yg sama pakcik my my matos sampai dari sarawak
untuk pendaftaran anaknya yang masuk UM
.
sabtu pulaknya kami mghantar adik ipar aku ke KLIA
dan terus ke KL membawa pakcik matos berjalan-2
my matos asek tanya jek ok ke?
kejap-2 ok ke?
larat ke? ok ke? larat ke?
mcm dia x tau jek yg bini dia ni kaki jalan :))
mebi ada yang x ok kot pada aku
menyebabkan dia asek tanya jek
.
Mgkin sbb aku jarang bersama keluarga mentua
jadi aku menjadi agak pemalu
agak pendiam
lagipun keluarga mentua speaking jerman =)) (ckp sarawak)
membuatkan aku sdikit tidak faham
aku cuma perhatikan dan senyum aje
tp betol la
aku jarang bersama ngan keluarga mentua
bila sesekali bersama
aku agak nebes ( faham x nebes tu apa :)) )
macam pertama kali mau berjumpa
mcm bercinta plak
tapi satu jek aku kagum ngan family diaorang
semangat kekeluargaan yang tinggi
sangat tinggi
mereka sangat hormatkan kita dan sesama diaorg
apa jua panggilan
pangkat tu yg penting bagi mereka
kdg-2 aku rasa dah x jumpa semangat kekeluargaan disini
semangat kekeluargaan yang makin ilang
abg kemana, kakak kemana
x hormat sesama sndiri
tp berbeza di sarawak
dan aku suka itu
suka bila tgok semangat yg jarang-2 dpt kita tgok
.
Apapun moga itu akan menjadi tauladan yg baik
untuk aku & pewaris-2 ku hehehe
.
dan citer last
akhirnya Julai telah menjelma
bulan neh sgt ramai kawan-2 aku
tgh menunggu kelahiran permata hati
moga semuanya selamat & dipermudahkan
Amin...
9:49 PG