Moga ini terbaik untukku
Renjis-2renjis dipilis
kami bersedia mulakan idup baru
aku & dirimu
Berarak dikampung sarawak
Biar langit menjadi saksi tulusnya cinta kita
honeymoon@cameron semoga saat ini menjadi saat paling manis
MR & MRS M16
PAKAIAN TRADISI
Berlatarbelakangkan gunung santubong gunung sejinjang
berjoget tarian tradisi sarawak
Dusun aji man @ bapak mertua ku
with rudy a.k.a adik ipar
ALLHAMDULILLAH...itu yg aku ingin katakan..
Syukur pada Tuhan
Majlis kami berjalan seperti yg dirancang
Saat2 aku diijabkabulkan
sehingga majlis resepsi di sarawak
Allhamdulillah segalanya selesai dengan jayanya
Saat Diijabkabulkan
12.12.2009 tepat jam 9.00 pagi
di Masji Al Mutaqqim Taman Ria
Sungai Petani, Kedah
Allhamdulillah dengan sekali lafaz
aku sah bergelar isteri pada Mohamad bin Rahman
@ mamatos
Gembira sampai mengalir air mata
aku rasa smua perempuan mcm tu
perasaan terharu sgt-2
akhirnya inilah Lelaki yg menjadi suamiku
lelaki yg aku percaya pada kebolehannya
akhirnya Tuhan makbulkan doa kami
..
masa aku peluk mak aku
air mata aku lagi laju keluar
sampaikan mak mertua aku turut menangis
Perasaan yg susah nak digambarkan
maybe korang akan rasa satu hari nanti
-
MAJLIS PERSANDINGAN
-
Majlis berjalan seperti yang dirancangkan
pagi tu bedah sampai umah aku kul 6pagi
ini la dia pengapit aku
thanks bedah beribu thanks
jauh ko datang semata-2 nak menyokong aku
walaupun ko besiap lambat dari aku
tp ko sampai gak kat masjid sebelum aku dinikahkan
aku faham tentang "kelembapan" ko yg smulajadi tuh =))
-
kali ni aku pilih putih berlatarkan merah ros
akad nikah aku pakai cream
walaupun aku tau aku dgn kaler cream mmg out
tp Allhamdulillah menjadi jugak
-
Thanks sgt-2 pada kawan-2 yg datang
betol-2 aku x sangka ramai yg datang
sbbnya aku faham keadaan tarikh yg aku pilih
yg pertama tgh bulan
yg kedua baru pas raya haji
yg ketiga aku jauh diutara
tapi ramai yg dtg
terkejut & terharu pada kawan-2 yg dtg
aku x dpt nak balas apa-2
thanks atas restu & sokongan korang
-
n yang penting 12/12 ulang tahun perkahwinan kawan aku
bedah tinie n uddi
tahniah tinie sambut ulang tahun dengan baby sekali
moga ko bahagia di samping uddi
-
pada sebelah petang
acara potong kek
dan persalinan kedua merah + hitam
n kul 5.30 outdoor di jubli perak
-
Honeymoon @ cameron
.
aku berhoneymoon di cameron
sambil menunggu majlis resepsi di sarawak
3 hari 2 malam kami di cameron
1 st time my husband jejak kaki disana
dan dia suka sgt
bulan feb ni kami akan sambut anak buah baru
anak pada kembar aku
(alaa x kasi can kat maksu langsung la)
oleh kerana husband dia keje jauh
so kami akan tunggu dia bersalin dulu
n baru sambung honeymoon kami
Insyallah bulan 3 & 4 ni kami akan continue
di langkawi & bali
(aku nak g phuket gak huwaaaaa)
-
Sarawak
.
17HB kami berlepas dari kl - sibu makan masa 1 jam 45 min
n utk sampai ke umah mak mertua aku
amek masa 2 jam dari airport sibu
yg bestnya kul 6.30 da gelap hahaha
mcm kelakar pun ada gak
1st time aku sampai di kampung kat sarawak
masa kapel & tunang mmg x penah sampai
-
sebelum ke rumah abg my husband bawa round-2
pegi pantai dulu
n terus balik umah n dijamu masakan sarawak
byk masakan sarawak yg aku belajar dari mak mertua
n paling aku suka tempoyak goreng & isi udang
fuhhh menambah selera
padahal sebelum ni aku x makan tempoyak
umai aku x berapa berminat
.
majlis bermula pada 18hb
kami bersiap cantik-2
tapi bukan berdua
kami smua sebelas org termasuk
budak-2 khatam al-quran
yg terdiri dari adik & anak-2 buah my husband
bila aku upload gambar ramai yg pelik
diaorg ingat kawen ramai-2
adat sana budak khatam di makeup n pakai mcm pengantin
n berarak mengelilingi kampung
so pada hari pertama kami bersama sanak saudara & team kompang
berarak mengelilingi kampung
dalam 20 minit berjalan
kaki aku jgn cakap la melecet teruk
pedehnyaaa aiiiii
tp itu pengalaman yg indah
selepas round-2 kami bersanding dipelamin
dan direnjis
adat renjid pun lain
kalo kita disini bunga rampai & air mawar
kat sana ada 4 menda
1. air mawar
2. bunga rampai
3. daun palas disimpulkan (diuraikan waktu merenjis)
4. cincin di asah di kulit lembu n di letakkan di dahi
.
19hb hari kedua
arini kumpulan khatam berarak awal
awal pagi n balik terus khatam
kami berdua tghari diap berarak lagi
n terus bersanding dan dibaca mentera(doa utk pengantin dlm bentuk lagu)
yg bestnya adat family my husband
setiap menantu pmpuan akan diberi hadiah
rantai tangan dari mak mertua
thanks mak mertua ku :P
selepas bersanding
utk menandakana majlis tamat
kami diwajibkan bersalam dengan smua ahli keluargaa
kklu korang nak tahu
family my husband ni besar sangat-2
bygkan dalam rumah tu jek ada lebeh kurang 250 family dia jek
mmg sebuah keluarga yg besar
..
20hb @ kuching sarawak
20hb pagi-2 lagi kami keluar ke kuching
bawa faamily aku berjalan di sekitar kuchung
3 hari 2 malam
n pada 22hb ptg aku blik smula ke kampung my husband
satu lagi pengalaman
ayah mertua aku ada kebun
mcm-2 buah
agak terkejut sbbnya my husband x penah cerita pasal ni
kebetulan rezeki kami
musim buah n smua buah masak elok
aku bengkak abes badan sbb kena gigit nyamuk =))
pengalamn pertama
makan buah di dusun
pegi kutip buah
jalan-2 pantai tgok bot nelayan
hahhhhh sungguh menyeronokkan
yg best ayah mertua aku tanya
intan tahun depan raya mana
selamba aku jawab
ikut mamat la ayah
dia yg tentu kan =))
terus aku tukar topik :P
pada 25hb malam kami balik ke kl
aku masih sambung cuti sampai 28hb
..
Best sgt
bulan yg aku nantikan dtg & brjalan sprti dirancang
Thanks Tuhan
semoga aku boleh menjadi isteri & ibu yg baik pada family aku
n
pada korang & exspecially for my husband
selamat tahun baru
smoga apa yg korang rancang menjadi kenyataan
azam aku & my husband 2009 da tercapai
azam utk idup dgn yg tersayang
antara azam kami 2010
mgkin menjadi ibu & ayah pada anak-2 yg comel
Insyallah
doakan smoga perjalanan idup kami dipermudahkan
semudah kami diijabkabulkan
Insyallah
.
utk smua gambar korang leh klik sini
.
Semekom...masih mau apdet blog sbelum aku bercuti panjang..
.
.
.
.
.
.
.