Khamis, 28 Ogos 2008

Semekom, aduhai..rajin plak kan aku mengemaskini blog aku ni, xda pape pun cuma rasanya aku nak share masalah yg x pernah selesai ni terutama untuk kawan-2 pompuan aku la, tgok sebelah ni, aku baru jerk beli di Popular Alamanda malam semalam, dari Alaf 21, bukan pe cuma nak kaji sikit pasal pemakanan n cara senaman yg betul, aku pun risau ngan masalah berat badan, bagi aku la ubat tu cuma smangat n kekuatan utk kita kira masalah psikologi jugak la kan, contoh terdekat kembar aku, dulu pas habes sekolah dia mencapai berat badan 120kg, sekali dia tolak aku jer dah terhempap di pintu, hahah pastu makan ubat-2 kurus la, mahal harga, tapi ubat tu aku x ingat nama apa..tak jadik jugak pastu peergi mintak nasihat doktor, n doktor kasi ubat duramine (klu x silap eja) ubat ni kesan dia, kita x leh tido n mmg x lalu makan, aku pernah try sekali memang x leh tido, tapi x digalakkan pada berat 70kg dan kebawah..dia makan ubat ni atas nasihat doktor sampai berat dia turun 73kg, TAPI..sbenarnya tak elok n ada kesan pada tubuh badan macam kerosakan buah pinggang n sebagainya la...so dia berhenti sbb 2 tahun amek ubat nih, bila berhenti badan naik mendadak, skrang da kawen n dapat anak berat 93kg, bukan faktor ubat jugak la, maybe da kawen n da beranak, urat semua kembang tapi adek aku ni mmg x jaga, tgh pantang pun leh pesan kit kat n tukang beli dia aku la :D...sian org pantang..sok-2 aku lak mintak tolong dia heheheh...tahu mak aku mmg kena bunuh la kami 2 org muahahahaha, bagi aku la, ubat ni bukan x bagus tapi aku rasa cara kita berfikir kot salah, bila ada ubat kita jadikan ubat tu sbg sandaran n kita bagi tugas sepenuhnya pada ubat tu utk menjalankan tugas..tapi sbenarnya silap, kita sebenarnya penggerak utama,nak ngan x nak jer cam berhenti merokok la kan :-" ...
cumanya kita x nak sedar jer, yerla aku ada baca satu hadis, perjuangan yg hebat n adalah berjuang menentang nafsu & kemenangan yg dikatakan menang, kemenangan menentang nafsu , x sama la ayat dia tapi lebeh kurangla maksudnya..makan pun ada nafsu juga, aku x nafikan menda ni, aku sendiri mmg tak tahan n susah nak lawan..tambahan la skrang aiman da pandai makan, ada jerk keropok la coklat lat kat umah tu, ishhh xkan nak tgok saja jer, cam org xda perasaan plak kan :))...aiman lak baik ati, pantang hulur tangan mintak dia mesti bagi...smalam x plan pun nak beli buku ni tapi tgh-2 tgok terpandang la buku ni, bila tgok isi bagus jugak...tapi aku belum baca lagi, smalam baru beli,pagi tadi opis aku ada meeting kat Parlimen so ni baru jerk duduk tempat n baru leh belek-2...menarik sbb ada diet untuk puasa ...

aku ni cakap terlalu taksub nak turunkan berat tu ada la tapi setakat 55kg sahaja x mau kurang, skrang aku 59kg, berat tak? so aku ada 4-5 kg lagi yg nak kena buang, bukan senang sbb badan aku senang naik susah turun..sbb 1 hal bila kita diet pola pemakanan kita da jadi terkurang n x betul, bila kurang vitamin kulit mula jadi kusam kering x bermaya, itu yg aku risau, mcm aku ni,klu diet x betul kulit jadi kusam, tidur tak cukup kulit kusam, masalah jugak tu...so pening betul aku ngan masalah yg x pernah selesai ni, bila belek-2 buku ni ada petua n cara-2 utk diet ngan betul tanpa merosakkan tisu-2 kulit...

Insyallah aku akan baca buku ni n share ngan kawan-2 smua ok..terasa la badan ni naik, perut pun da ada dah :P Insyallah nak kata berjaya tu atas usaha sendiri la, klu aku rajin n nekad jadila menda ni, apapun menda ada halangan n dugaan kan, aku cuba la sedaya yg mungkin, lagipun aku dah lawan ngan shila, akhir puasa sape berat tak turun kena banjer bukak puasa...muhahaha saja nak saiko diri sndiri....ok nnti next blog aku akan share ngan kawan-2 apa yg aku baca k, rasanya ni khas wat icha & tinie kot sbb aku ada terbaca pasal diaorg pun nak kurus...sbb bagi pmpuan ni penampilan tu penting kan tapi x nak jugak sedar aku ni...Insyallah usaha tangga kejayaan...so setakat ni jer dulu k.....opsss ni kalau kembar aku tau mesti dia marah giler sbb aku da bocorkan salah satu rahsia dia =)) sorry yang..heheheheh.......
2:40 PTG