
aku ngan partner aku

dia ngan partner dia
semekom:"> n samat pagi smua, sbenarnya mcm malas jerk nak update tapi memikirkan ada jerk yg cakap aku malas so aku nak buktikan yg aku x malas oke :D cuma skit-2 jerk, minggu lepas, lepas balik dari main futsal dalam kul 1 lebeh la, mandi tgok-2 tv sambil tunggu akak+abg+akak ipar+abg ipar+anak-2 buah dtg, dalam kul 4 pegi amik diaorg sbbnya diaorg x tahu jalan sbb aku & adik aku& family dah pindah ke rumah baru iaitu ke presint 18, cantik umah kali nih, besar, pemandangan pun ok sbb ada tasek, tempat jogging, parking pun dah berbumbung so klu aku basuh kete leh la tahan seminggu @ 2 minggu,
minggu neh lak ? xda pape yg menarik pun melainkan aku jadi penjaga setia aiman, petang jerk la, bawa dia g jalan-2 main buaian, pastu kena penampar ngan dia, aduihhhh aiman dah pandai tampar org, x sayang kat maksu ke ? hehee ini jer la buah ati aku skrang, yg betul-2 wat aku tersenyum, kdg-2 tgok gelagat dia rasa cam nak jer peluk dia kuat-2, bulan depan dah nak masuk setahun tapi masih tak leh berjalan, cepat la aiman jalan, maksu dah x larat nak dukung,aiman berat tau :P asalkan dukung jerk kena penampar,
minggu ni jugak x berapa sihat, musim kot demam +batuk, tapi minggu nih best skit sbb aku setiap hari jerk membilang ari menanti tibanya hari sabtu sbb aku & kawan-2 ada plan bagus nyer..pulak tu ati senang sbb minggu ni husband adik aku balik so diaorg ada peneman, klu dia balik aku rasa cam selesa n senang hati jerk nak tinggal mak & adik aku serta aiman sbb tahu ayah dia ada utk bawa jalan-2 n adik&mak aku x sunyi sangat, tapi klu dia xda, hati aku rasa berat jerk nak kuar sbb kesiankan diaorg...
ntahla nape la rasa keterujaan sgt nak jalan-2 ngan kawan-2 sabtu neh walhal aku x baik lagi demam tapi nak jugak makan durian didusun, mandi manda di batang kali wahhhh cepatla sabtu :D.... teruja neh ...minggu nih banyak betul layan sms & call dari sorang kawan aku, hmmm apa lagi soal percintaan la, ni mmg masalah tradisi manusia, mmg tak leh nak sangkalkan lagi, malas aku nk citer panjang melainkan hidup ni kalau tak bahagia, kita berhak pilih jalan idup sendiri, manusia ni kadang-2 takut nak lakukan pembaharuan, kenapa? kenapa mesti takut? kenapa tidak kalau itu leh bahagia kan kita...aku nak cakap panjang pun aku x pandai sgt bab-2 camni, tapi bagi aku, aku sedia lakukan pembaharuan demi kebahagiaan...cehhh cam seyes lak kan hihihihih.. apapun aku heppi disamping family aku skrang n my hero iaitu aiman tak kisah, serta family kembar aku..
sebut kembar cam sayu lak , tahu kenapa? selama 24 tahun ++++ (belum 25 oke ) aku mana pernah berpisah ngan dia, tambahan raya, setiap kali raya kami ada baju sama, sama la jugak tahun neh, tapi sedikit sedeh sbb dia dah ada suami n tahun ni dia raya umah mak mertua dia di pahang so wat kali pertamanya aku beraya tanpa dia :( dlm ati tuhan jer tahu, sedeh sgt sbb xda dah org nak teman aku cari barang last minit, xda dah org nak tolong ironkan telekung raya aku, xda dah org nak masak-2 ngan aku, xda dah kami nak potong daging sekali, xda dah org nak balut ketupat sama-2, xda dah org nak tgok aku try baju-2 raya aku, x da dah teman aku bila kemaskan umah, xda dah org yg selalu jerk masukkan duit-2 dlm sampul raya, xda dah org nak curik ketupat aku dlm pinggan, xda dah org nak cuit ayam aku , xda dah org nak kebas air aku , smua dah xda, macam tak berseri jer raya aku kali neh, abg-2 aku ada diaorg best, akak-2 ipar aku pun ada pun best jugak tapi tak se"best" kembar aku neh, sbb stiap kali raya kami wat mende tu sama-2, kali nih aku sorang :(kami citer pasal ayah kami dulu-2 wktu sambut raya, pagi bersiap sama-2 dia tolong aku betulkan tudung, tolong ingatkan barang-2 aku sebelum gi umah adik beradik yg lain, g ziarah kubur ayah, g solat raya sama-2, solat duduk sebelah-2, sambil org baca khutbah sambil kami perhatikan baju-2 raya org sambil mengkritik hehehehe, tahun ni mesti aku x leh belagak lagi ngan anak-2 buah sbb tiap tahun aku selalu jer tolak permintaan diaorg main bunga api sekali tapi tahun ni aku lak yg over men bunga api, "leh maksu join korang :"> ) xpe la aku harap raya tahun nih cepat-2 la berlalu :( pastu muncul lak raya tahun depan yg akan bawa aku ke zaman dulu-2 balik...walaupun dia dah bersuami tapi aku x rasa ilang dia sbb suami dia duduk jauh pastu apa jerk dia nak wat dia mesti tak lupakan aku, mesti dahulukan aku, so far bagusla dia dapt suami yg paham kami ni kembar n dia jugak harap aku dpt yg camtu, sabar la tgh mencari neh aku cakap dia :)) , .aduih lenguh lak jari jemari aku nih, ok la yer apapun kawn-2 jumpa sabtu neh, sape nak milo panas ? saya mau buatkan, papai .....tahun depan saya update lagik : itu pun lepas raya :D